My Love
Duhai Bakal Imamku
Ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku, berdoalah kepada ALLAH dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah kerana aku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya ALLAH itu pemilik nyawaku...
Duhai Bakal Imamku
Aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang berhak.. Milikilah jiwaku keranaNya.. Dan milikilah hatiku dengan izin ALLAH SWT.. Dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya...
Duhai Bakal Imamku
Disinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia..Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri.. Inilah langkah pertama bagi mencapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan..Langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya...
Duhai Bakal Imamku
Disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan ini.. Asalkan kita memilih untuk mulakannya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita akan juga terhenti..
Duhai Bakal Imamku
Engkaulah yang akan membimbingku.. Engkaulah jua yang akan punyai tanggungjawab terhadap kita....Agar engkau selalu ada kekuatan didalam dunia kita nanti.. Aku akan selalu ada disampingmu Duhai Bakal Imamku...
"..Disaat aku jauh darimu, aku akan selalu jaga hatiku untukmu..Akan aku selalu jaga hatiku buatmu..."
|