Pages

Sunday, 12 August 2012

AKU SEORANG WANITA. . .


Kerana aku seorang wanita....
Aku ingin dihormati selayaknya
Aku ingin dihargai sebaiknya
Aku ingin disayangi selembutnya
Aku ingin dikasihi seadanya

Kerana aku seorang wanita....
Aku punya harga diri walaupun aku lemah
Aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
Aku punya perasaan walaupun sering terluka...
Aku punya kesabaran walaupun aku tercalar....
Aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

Kerana aku seorang wanita....
Aku sering diperlekehkan....
Aku sering disakiti...
Aku sering dilukai....
Aku sering dilupakan...
Aku sering diabaikan....

Tapi....
Satu perkara yang adam sering dilupakan...
Kerana wanita lah binasanya adam
Kerana wanita lah dunia bergolak....
Kerana wanita lah indahnya kehidupan....
Kerana wanita jugalah ilham tercipta...
Kerana wanita lah .....

Kerana aku seorang wanita....
Aku dianugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
Aku dianugerahkan dengan kesabaran walaupun dihimpit kehidupan
Aku dianugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering dikhianati

Hanya....
Kerana aku seorang wanita....
Inginkan kejujuran bukan kepalsuan
Inginkan kebahagiaan bukannya penderitaan...
Ingin dihormati bukan dikasari........
Ingin di sayangi bukan dilukai...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 ::.Laman Hatiku Berbisik.:: and Powered by Blogger.