Pernikahan atau Perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah
Pernikahan atau Perkahwinan
Mengajar kita erti kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah , kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman , kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan , kamu gembalanya
Isteri adalah murid , kamu mursyid (pembimbing) nya
Isteri bagaikan anak kecil , kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu , kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun , kamu penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok , berhati - hatilah meluruskannya
Pernikahan atau Perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As
Pun bukanlah Saiyidina Ali Karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
0 comments:
Post a Comment